Sunday, January 31, 2010

PAKATAN RAKYAT SEMAKIN GOYAH?



Ia adalah salah satu dari pelbagai taktik musuh untuk hilang mood rakyat dengan Pilihan Raya Negeri Perak, dengan terbitkan isu liwat DSAI, rengangan DAP, jual beli pimpinan PKR dan UG dalam PAS (Isu Khalid dan Dr. Hassan).

Pelbagai pihak telah mengutarakan pandangan masing-masing kes disiplin Khalid dan Dr. Hassan. Ada yang setuju dan ada ramai yang kurang setuju termasuk ahli-ahli PAS sendiri (Exco Pemuda Pas pun ada). Jika hal ini dipandang enteng, kes ini akan berlarutan dan pihak musuh akan mengambil kesempatan.

Ayuh! Fokus kepada perjuangan asal. Ini semua adalah ujian. Tidak kurang kepada mainan pihak-pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Yang penting, pucuk pimpinan Pakatan Rakyat sila ambil tindakan segera. Bukan itu sahaja, isu DAP pun ada malah PKR pun ada.

Inikan PAS, pimpinan wajar lebih pro-aktif kerana dipimpin mereka yang hebat. Takkan nak tunggu TGNA baru terhegeh-hegeh baru nak ambil tindakan. PAS harus lari dari bayang-bayang UG. Gunakan formula terbaik untuk rungkai segala kemelut melanda kini. Jika tidak, selamat tinggal harapan untuk menguasai PUSAT PR ke 13 kelak.

USTAZ PENGURUS BOLASEPAK PERAK



Bagi saya, pengurusan bola Perak kembali baik. Biar dilihat macam diboikot oleh orang yang cemburu dendam. Yang penting jalankan amanah. Di sana ada ruang dan peluang untuk merapatkan saf orang muda dengan pimpinan. Masakan team bola teman tersayang ni, ada aje orang yang nak meNAJA, syabas MB ku!

Perubahan demi perubahan. Baru berkat dan kalau menang bertambah nikmat! Amacam dengan pasukan bosepak yang lain, ada bran?

Tuesday, January 26, 2010

PROGRAM ADUN DI RUMAH (BANDAR BUKIT RAJA, KLANG)



Beberapa siri program Back To School telah di anjurkan oleh JKKKK Kg Meru,
Kg Batu Belah, Kg Bukit Kapar dan Kg Budiman dgn kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru dan LZS. Kesemua anak-anak keluarga miskin dari berbagai bangsa telah menikmati sumbangan beg-beg sekolah serta peralatan serta buku-buku tulis secara percuma.

Program Back To School yang di adakan di Dewan Hambali Masjid As Syariff Meru mendapat sambutan yang membanggakan apabila 60 orang murid berbangsa Cina, 60 orang murid berbangsa India dan 100 orang murid berbangsa Melayu hadir untuk menerima sumbangan tersebut.



Di Bandar Bukit Rajah pula, seramai 50 orang kanak-kanak miskin dari kalangan murid Melayu dan 50 orang murid India telah menerima sumbangan tersebut dari YB Dr Rani.
Encik Azmi bin Mohamadin yang mewakili Persatuan Penduduk-Penduduk Bandar Bukit Rajah berasa gembira kerana program berbentuk muhibbah ini dapat di adakan.

Di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Kapar pula, YB Dr Rani menasihatkan orang ramai agar menghargai sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor dan berharap mereka dapat membantu meningkatkan pelajaran anak-anak mereka. Mr Alan Tan sebagi seorang Ahli Majlis MPK juga hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.



Kredit:
Khidmat Meru Blog

BUKAN ISLAM YAKIN DENGAN ISLAM

Tajuk: Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokongan Presiden PAS

KEMAMAN 26 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.

Berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.

Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang-orang Cina, beliau akan mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,”ujar Leong, dihadapan 150 orang Tionghua yang hadir pada malam tersebut.

Oleh itu, beliau berterima kasih kepada orang-orang PAS khususnya dalam kawasan DUN Triang.

”Orang-orang PAS banyak tolong saya, sejak mula-mula saya bertanding, orang PAS yang banyak tolong, tidak minta upah dengan saya walau satu sen pun,”terang Leong lagi.

Justeru beliau berharap Pakatan PAS dan DAP serta PKR akan kekal bersama Pakatan Rakyat, bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.

”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terngganu merangkap Pengarah DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Simpang Pulai, Cahn Ming Kai dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing. - Buletinonline.net

Monday, January 25, 2010

ANTARA 2 KONTROVERSI

Sekadar nak menyelit isu artis la ni....

Azwan dan Azmin kembali berbaik setelah sekian lama.....





Model dan kerabat, aduh hangat bersama pasangan baru?


Nota:
Layan-layan jugak, persediaan kita bgm? Kita usaha dari sekarang! Dengar DUN Perak akan dibubarkan. Perak kembali panas. Kena susun strategi untuk menangkan rakyat!

Wednesday, January 20, 2010

BUAT RENUNGAN KITA SEMUA

SEDIH.....

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

(i). Solat sunat ( ii). Puasa sunat ( iii). Berzikir (iv). Bersedekah (v).Mengusap rambut anak yatim (vi). Mendengar cerita2 kesusahan orang lain vii). Membantu orang susah

Wallahuallam……


Kredit:
Cerita dari sahabatku, Ustaz Latif Ali.

Tuesday, January 19, 2010

ILMU DAN SYERING

Tazkirah sebagai pengisian diri:

I = Identiti. Biar kemana pun kita, identiti Islam perlu dijaga

S = Skill. Skill mengendali kehidupan sebagai seorang muslim
perlu ada.

L = Luck. Ataupun tuah bermakna betapa bertuahnya kita
dipilih sebagai insan yang menerima hidayah dan hidup
sebagai seorang Islam.

A = Attitude @ akhlak. Akhlak itu penting kerana akhlak
menjadi cermin diri seorang muslim.

M = Management. Menguruskan masa dimasa muda
agar tidak menjadi sia-sia dan terbuang begitu saja.

Kredit:
Hebat ISLAM ini!

Wednesday, January 13, 2010

CERITA POLITIK III

“Lagu ni la..Mat” Anwar mula lembik tengkok. “Apa yang hang buat…dah cukup baguih. Tapi ada lagi yang lebih besaq kita kena buat.”

“Apa dia?” aku tanya.

“Kalau pilihanraya boleh menjatuhkan kerajaan yang ada…dah lama diharamkan.” Ewah…ewah!!! Anwar berpuisi macam Hishamudin Rais.

“Betui!!! Hang tengok apa jadi kat Perak? Sampai la ni…keputusan sapa Menteri Besaq depa tangguh. Bila kena kat depa di Kedah…jugak depa tangguh. Hang tau apa perancangan depa?” Anwar tanya aku.

“Mana aku tau? Sapa pun tak mau cerita.”

“Yang ni la aku nak cerita…BN akan menjadi lebih rakus. Depa akan menggunakan sepenuhnya pasukan Polis. Depa akan menggunakan sepenuhnya penguasaan depa keatas mahkamah.

Hang tengok sendiri. Bila kita nak berdemo…Polis boleh berpakat dengan mahkamah untuk mengeluarkan perintah jangan berdemo. Kalau hang tak tau…pi tanya Nizar. Dia boleh cerita semua apa yang berlaku di Perak…tentang macam mana polis dipergunakan.

Hang nak tau lagi…pi tanya Sivakumar. Dia boleh cerita tentang macam mana polis dipergunakan untuk mengheret dia keluar dari kerusi Speaker.

Bala…hilang. Raja Petra…hilang. Emak saudara Rosmah sendiri kena bunuh laki bini….tapi bila kita cuba interview saudara dia…polis pi tangkap orang yang nak interview. Apa nak jadi kat kita?

Kalau kita nak berdemo…polis siap dengan FRU…dengan gas pemedih mata. Tak cukup dengan tu, depa minta perintah mahkamah. Tapi bila depa nak berdemo…polis siap jaga depa. Tak ada FRU.

Ini yang patut kita tumpukan. Hang dok sebok kira berapa undi kita…berapa undi depa. Hang ingat depa peduli semua tu? Walaupun majoriti rakyat menyokong kita…tapi kalau depa kalah…depa akan gunakan segala yang ada untuk mengalahkan kita.” panjang ceramah Anwar.

“Habih…aku nak buat apa?” aku tanya.

“UREKA kan ada? Didik masyarakat kita tentang keluhuran undang-undang. Bagi tau kat rakyat tentang bagaimana BN menyalahgunakan undang-undang. Cerita kat rakyat tentang salahlaku BN yang mempergunakan polis dan mahkamah untu merampas hak rakyat. Tak dak guna rakyat keluar mengundi…kalau BN boleh merampas kembali hak rakyat dengan menggunakan polis dan mahkamah.” kata Anwar.

“Ini bukan ka kerja Lateefa Koya? Kalau kat Perak…pasai apa tak mau suruh Ustaz Zul buat?”

“Kalau semua orang cakap lagu tu..apa pun tak jadi la.” kata Anwar. “Hang deal dengan AIC, buat siri penerangan disemua tempat. Penang buat hari Jumaat. Hang buat hari Sabtu..amacam?” Anwar tanya aku.

“Malam minggu susah sikit…orang pi pasar malam. Nak cari penceramah pun susah…semua orang dok buat ceramah malam minggu.” aku bagi alasan. Leceh la nak buat ceramah. Lagi pun…aku tak minat dengan ceramah satu hala. Kalau nak buat..kena buat cara forum ka…dialog ka…baru syok sikit.

“Kalau macam tu…hang buat forum..kalau tak suka buat ceramah.” kata Anwar. Perrrghh!! Lari kot mana pun..ada saja cara dia suruh kita buat kerja.

“Nak panggil sapa?” aku tanya.

“Panggil Nizar dengan Cikgu Azmi, dari TERAS.” kata Anwar.

“Aku tak dak nombor telefon depa.” Aku cuba lari lagi.

“Tak pa…aku call depa.” kata Anwar lagi. Mati la aku.

Dua kali call…Anwar terus dapat cakap dengan Nizar dan Cikgu Azmi. “OK Mat…depa setuju. Kita gempur dan gegar Negeri Perak dari sekarang!!!!” semangat sungguh Anwar menyuruh aku.

Cuma aku yang kurang semangat. Nak buat majlis macam ni…dua tiga ratus habih jugak.

“Ada lagi satu problem, Bos.” aku kata. “Fulus yilekkk!!”

“Tu la hangpa…nak buat sesuatu…semua ingat pasai duit.”

Yang ni aku tau dah perangai Anwar. Bila tiba tang kerja…dia boleh bagi tau semua. Bila tiba tang duit…dia suruh kita cari sendiri.

“Hang buat saja dulu…insyaalah…duit akan datang dari langit.” kata Anwar.

OK la….kalau sesak…aku cari Saifudin. Tak kan dah jadi Setiausaha Agung tak boleh nak huloq dua tiga ratus kot?

“Settle?” Anwar tanya.

“Settle.” aku jawab.

“OK…Penang buat hari Jumaat, Johor buat hari Sabtu, Perak buat hari Ahad. settle?” Anwar mahukan kepastian.

“Olrite!!” aku kata.Tapi dalam hati masih berkata. “Ini satu bala. Nak sorok macam Najib sorok Bala, tak mampu.

Handphone aku berbunyi lagi. Nombor baru…aku tak save dalam handphone aku lagi.

“Weii…Amat aaa!!”

Sapa pulak cakap macam tu? “Hello…nak cakap dengan sapa?” aku tanya.

“Amat aaaa….wa Ah Hock la. Itu hali kita sembang dekat Tualang Sekah.” dia bagi tau.

“Ooohh..apa macam apek?” aku tanya.

“Itu hali aaa…itu Nizar punya keleta accident, sudah repair ka?” dia tanya.

“Wa tak tau ooo…itu insurans punya kerja la. Apa pasai lu tanya?”

“Lu kasi tau sama itu Nizar aaa…kalau dia mau juai dia punya kereta, wa mau beli ooo.”

“Itu hali lu cakap…dia punya keleta manyak sui.”

“he..he..he.” Apek tu gelak saja. ” Itu keleta aaa…sepuluh kali accident pun talak apa punya.”

“Apa pasai?”

“Lu tengok Toto sepuluh bulan satu. Nanti balik aaa..lu singgah Tualang Sekah. Wa mau belanja sama lu.” kata Apek tu. Aku cek Sports Toto.

Fuiyo!!!

“Bos.” aku cakap kat Anwar. “mintak apek ni sponsor Forum tu boleh tak?” aku tanya.

“Hang teruk sampai lagu tu ka?” tanya Anwar. “Din…huloq kat dua tiga ratus.” Anwar mintak Saifudin sponsor.

Legaaa!!!!

KREDIT:
Asyik, lawak dan sangat teruja bila bicara orang bernama MSK ini.

Monday, January 11, 2010

CERITA POLITIK II

“Pada March 2008, 50.9% Rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat manakala 46% menyokong Barisan Nasional. 2% tak tau mengundi mengakibatkan undi rosak dan 1% yang terdiri dari undi pos…hilang tak dikembalikan. Tak ada undi atas pagar sebab semua orang telah membuat keputusan pada hari tersebut.” aku menyambung taklimat kepada Anwar dan Saifudin selepas selesai tugasan dibilik air.

“Sebelas bulan Pakatan memerintah…ramai yang tak puashati. Terutama apabila melihat Pakatan bertelagah sesama sendiri. Ada yang berebut balak, ada yang berebut jawatan. Dan ramai yang fed-up dengan Pakatan.

Tetapi apabila UBN merampas kuasa, ramai yang tak setuju. 79% tak setuju dan mendesak supaya pilihanraya dUN diadakan semula. Tapi UBN tak pakai akai…depa pakai lutut. Depa pakai polis dan depa pakai SUK. Depa heret Speaker dan depa lantik Menteri Besar haram. Tetapi perbuatan ini dihalalkan olen Mufti Perak.”

Anwar senyum. Saifudin senyum. Aku lega.

“Tetapi selepas rampasan kuasa itu, kita buat apa? Dari mula sampai la ni…kita cuma ceramah…ceramah…ceramah. Jentera pilihanraya sepatutnya terus bekerja…tapi pasai tak ada pilihanraya…depa pun jadi leka. Kita balik ke asal…buat ceramah…kutip duit derma.

Selepas sepuluh bulan, oleh kerana kita lebih banyak berceramah dari buat kerja, keyakinan pengundi semakin merosot. Sebaliknya, UBN menggunakan segala peruntukan yang ada…baik dari hutan balak atau peruntukan pusat…melakukan kerja-kerja menawan hati rakyat.

Dan apabila dibuat kajian tentang keyakinan pengundi terhadap Pakatan Rakyat…ianya merosot kepada 42%. manakala UBN berjaya meningkatkan pengaruh mereka kepada 39%. Depa masih kalah…tapi jangan pandang sambil lewa.

Sementara itu, jumlah mereka yang fed-up dengan kedua-dua Pakatan Rakyat dan UBN terus melebar sehingga 20%. Dua-dua depa tak percaya. Mampuih pi la kat hangpa.

Dan kalau diterjemahkan peratus-peratus diatas kepada jumlah undi yang akan diperolehi oleh PR dan BN…ianya seperti ini…”

“Yang kuning kat atas tu toksah tengok dulu. Yang tu kawasan Wakil Pos. Kawasan Zambry, Tajol Rosli dan Mah Hong Soon. Kita deal kemudian.

Bota, Batu Kurau dan Pengkalan Hulu…dalam bahaya.tapi jangan menyerah kalah. Bota pernah menang tahun 1999…tak kan tak boleh menang lagi?

Dan empat belas lagi kawasan masih dimenangi oleh PKR kalau berdasarkan sokongan rakyat.”

“Macam tu kira OK la…tak kan nak menang semua kot? tanya Anwar kat aku.

“Masih tak OK. Sebab aku belum kira Pengundi Atas Pagar. Dan disinilah penentu siapa yang akan menang. Siapa yang berjaya menawan pengundi atas pagar…dia menang.

Dan yang ni la aku dok selalu keriau.Jentera pilihanraya kena buat kerja dari sekarang. Kalau nak tunggu dah umum pilihanraya baru nak buat kerja…mampuih.!!

Kalau kita gagal menawan pengundi atas pagar…ini yang akan kita perolehi.” aku tunjukkan satu lagi slide.

“Kalau kita hanya berjaya menawan 40% PAP, kita akan kehilangan tiga lagi kerusi. Kalau kita dapat hanya 30% PAP, kita tewas 11 kerusi dan kalau kita hanya mendapat 20% PAP, kita cuma menang tiga kerusi.

Masa tu…tak payah dok angan-angan nak jadi Menteri Besaq.. tak payah dok angan-angan nak jadi EXCO…sebab semuanya akan jadi pembangkang.”

Aku marah. Saifudin garu kepala. Tapi Anwar dok senyum meleret. Pasai apa …aku tak tau.

“Hang nak marah pasai apa..Mat?” Anwar tanya aku.

“Nak menang ka.. nak kalah?” aku tanya.

“Hang tengok kelemahan kita saja…kelemahan belah sana hang tengok tak?” Anwar tanya aku lagi.

“Aku nak menang atas kekuatan kita…bukan bergantung kepada kelemahan belah sana.” aku kata. “Lagi pun…aku bukan duduk sebelah sana.”

“Betui..jentera kena kerja. Tapi, 24 hours is a long time in politics, Mat. Kita sedang buat kerja…bukan dok goyang kaki saja. Sementara kita buat kerja…kita juga minta kawan-kawan kita kat sebelah sana…tolong sama pelemahkan Umno dari dalam.” kata Anwar.

Huh!! Yang ni aku tak buat kajian.

“Cukup la Nasarudin Bota yang penaya kita. Aku tak percaya langsung dah kat sapa-sapa dari sebelah sana.” aku bagi tau Anwar.

Tiba-tiba…Eekmal masuk bawa sehelai kertas dan diberikan kepada Anwar. Tambah meleret senyum dia. dan dia pas kat aku.

“Dalam dok kata…” kata Anwar.

Aku tengok…laporan Malaysian Mirror tentang kemasukan parti SNAP di Sarawak kedalam Pakatan Rakyat. Hangpa nak baca…pi kat sini.

“You’ll see. Dalam seminggu dua ni…ada lagi satu parti akan menyertai Pakatan Rakyat. Menjelang akhir bulan ini, Pakatan Rakyat akan ada tujuh parti!!”

“Whoa!! Pasai apa aku tak tau?”

“Bukan boleh bagi tau kat hang…mulut capui.” kata Anwar.

“Kalau takat parti-parti dari Sabah Sarawak yang masuk, tapi undi Melayu kat Semenanjung jatuh…nak buat apa? Nanti jadi macam 16 September dulu…tak guna jugak.” aku kata. “La ni…berapa ramai orang Melayu yang pi sokong Najib pasai isu Allah? Kalau pilihanraya dibuat sekarang…teruk kita.”

“No.no.no..That’s part of the plan.” kata Anwar.

Aku lagi blurrr. “You mean…you’re part of the conspiracy?”

“No..no..no. Hang tau….isu nama Allah ni adalah konspirasi dari dalam Umno sendiri. Hang ada dengaq Muhyidin buat komen? Hang ada dengaq kata Khairy sokong depa yang berdemo?” tanya Anwar.

“Hang perati tengok…orang yang berdemo hari tu…sama tak dengan orang yang berdemo kat Ipoh masa depa seret Sivakumar dulu? Ni sapa dia?”

Lagi aku blurr. Aku bukan ada kabel dalam Umno.

“Rosmah nak tendang Muhyidin..dan hang ingat lagi ka sapa yang tendang Pak Lah?” Anwar tanya aku lagi.

Yang tu aku tau la. Najib.

“Hang pun tau…kekuatan Umno bukan kepada Melayu Semenanjung. Umno bergantung kepada kekuatan Sabah dan Sarawak. Kalau depa kalah di Sabah dan Sarawak…Umno lingkup. Dan bila isu nama Allah ini berlaku…sapa yang rugi secara politik?” bertalu-talu Anwar tanya aku.

“Pasai apa nak selesai sama ada Murthy islam atau tidak dibawa keMahkamah Syariah? Isteri dia bawa ke mahkamah civil, tapi kerajaan mati-mati nak bawa kemahkamah syariah. Tapi bila nak selesai perkara yang lebih besaq lagu ni depa bawa mahkamah Civil?

Pasai apa depa tak lantik peguam yang tau tentang Syariah untuk menjadi peguam kerajaan? Pasai apa depa ambik peguam yang tak tau pasai Syariah…pi wakili kerajaan dalam mahkamah?”

Aku tak perasan pun benda tu!!

“Pasai depa saja mau kalah. Supaya isu ini dapat dicetuskan. Supaya orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak marah kat BN.” kata Anwar.

“You mean…orang dalam Umno juga yang buat konspirasi ini?” aku tanya.

Shhhhhh!!!

Kredit:
MSK

Sunday, January 10, 2010

MB PERAK POPULAR DI MEDIA ALTERNATIF

KUALA LUMPUR: Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.

Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.

“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Terdahulu, Nizar yang diamanahkan sebagai MB Perak selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu digugat oleh Umno dan BN yang melakukan rampasan kuasa setahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai masalah dalam negara khususnya di Perak.

Rampasan kuasa itu turut meletakan ekonomi negeri Perak terganggu selain menyaksikan perlembagaan negara di atur sesuka hati oleh kerajaan Umno dan BN.

Nizar menambah, beliau tidak faham mengapa sehingga kini Mahkamah sukar menetapkan tarikh untuk menetapkan perbicaraan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.

Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Majlis Fatwa Kebangsaaan: Penternakan Haiwan Eksotik Seperti Lintah dan Cacing Dibenarkan

NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

“Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik. “Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.

Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik. Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan. Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.

Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan. Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.

Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
“Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi,” katanya.

Sumber:
BERITA HARIAN (17/Julai/2008).

CERITA POLITIK

Pagi-pagi lagi aku dah bertolak. Nak sampai Sungai Buloh pukul 9. Singgah kat R&R Ulu Bernam untuk minum pagi. Tiba-tiba handphone berbunyi..

“Bang Mat..tak jadi kat Sungai Buloh. Kena buat kat Damansara juga.” kata Eekmal. Lagi senang.

Sampai kat Merchant Square ngam-ngam pukul 8.50 pagi. Aku terus naik tingkat satu. Eekmal dah ada kat sana dan bawa aku masuk jumpa Anwar. Kat luar bilik ada tertulis. “No protocol, No alcohol, No cholesterol.” Aku bagi salam. Saifudin Nasution pun ada sama.

“Apa habaq MSK?” Anwar sapa aku.

“Habaq baik, brader.” Anwar cakap Penang…aku pun kena cakap Penang.

Eekmal bawa sebotol mineral water. Peeerrgh!! aku mai jauh-jauh…depa bagi mineral water saja!! Kopi O tak dak ka?

“Gula mahai…jimat kos…kurangkan kolesterol.” sampuk Saifudin.

“Yang tu pun hang nak merungut ka? Aku pi ceramah dalam estet..cakap dua tiga jam…hangpa bagi ayaq sejuk saja!!” kata Anwar.

Aku tak boleh nak kata apa.

“Let’s go straight to the point. Tolong brief sikit pasai Perak.” kata Anwar.

“Nak cerita pasai apa?” aku tanya.

“Peluang PKR di Perak. I tengok you dah buat analysis tentang kedudukan Pakatan Rakyat di Perak.” kata Saifudin.

“Ishhh…pasai apa aku pulak yang kena bagi tau. Mus dengan Hj. Mail kan ada?” aku jawab.

“I want to hear a frank analysis. Kalau Mus atau Hj. Mail yang cerita…ada bias sikit. Tak kan depa nak cerita yang tak elok kot?” kata Anwar.

“OK..saya perlukan screen…nak shoot kat mana dalam bilik ni?” aku tanya Saifudin.

“OK…sat lagi depa habih mesyuarat..kita boleh pakai meeting room kat sebelah sana.” kata Saifudin.

Siapa yang tengah bermesyuarat aku tak tau. Sementara depa habih mesyuarat…kami bersembang dulu.

“Pasai apa Dato Salehudin resign?” aku cuba korek.

“Pasai apa you tanya?” tanya Anwar. Bila dia cakap macam tu.. aku rasa macam dia tak mau bercakap pasal Dato Saleh. ”

“Macam ni.” kata Anwar. “Dia nak pi Alaska. Jadi konsultan untuk Exxon.”

“Rugi la…pasai apa PKR tak suruh dia cari minyak kat Selangor ka…kat Penang ka? Kalau dapat minyak kat sini kan lagi baguih. Kurang-kurang dapat juga tanggung cabang-cabang yang tengah mati.” aku kata.

“Tak boleh Mat. Kat Selangor..pi Kuala Selangor…korek-korek dapat kepah. Pi kat Morib, korek-korek dapat siput. Nak korek kat darat..Khalid tak bagi..dia nak buat ladang kelapa sawit.” kata Anwar. Tak tau la..dia cakap betui atau melawak.

“Habih…sapa nak ganti?” aku tanya.

“Ni…kat sebelah ni.” kata Anwar. Sambil menunjukkan ibu jari kat Saifudin.

“Habih..sapa nak ganti Saifudin jadi Pengarah Pilihanraya?” aku tanya.

“Yang tu kita nak tengok dulu. Sapa nak jadi Pengarah Pusat..tak penting. Yang penting..Pilihanraya Perak.

“Pasai apa? Dah nak pilihanraya sangat ka?” aku tanya Anwar.

“Come on la…pilihanraya bukan boleh nak dirancang macam nak buat rumah. BN will decide when the situation favors them. La ni depa tengah nak buat huru hara…nak tarik sokongan Melayu. But I tell you frankly, Depa nak cuba buat state election in Perak and Selangor simultaneously.” kata Anwar.

Whoa!!! How come?

“Perak tak selamat untuk Umno. I boleh jamin, tu pasai depa nak buat kacau kat Selangor..supaya depa boleh buat pilihanraya serentak dengan Perak. Supaya kita tak boleh tertumpu kat Perak saja. Depa nak pelemahkan jentera kita.” jelas Anwar lagi. “So…I nak you fokus kat Perak saja. Jangan gatai nak jadi Pengarah Pilihanraya Pusat pulak.”

“Tapi…kat Perak teruk sikit. Kalau tengok pada persiapan…susah la.” aku bagi tau.

“I know. Kalau tanya kat Mus dengan Hj. Mail…depa kata baguih saja. Itu pasai I need an independent analysis.” kata Anwar. “Sebenaqnya..I pun tau kita tak berapa kuat kat sana. Tu pasai la ni..depa kacau Selangor…kita kena kacau Perak.

“Habih…kita nak buat apa?” aku tanya.

“Macam ni…kita akan gempur Perak mulai hujung minggu depan. I dah bagi tau kat Mus…suruh dia buat program. Dalam masa yang sama, I nak you coordinate dengan Hj. Mail dan Saifudin…work out on strategy.” tambah Anwar lagi.

“Sorry Bos…tentang strategy..yang tu kerja Tan Kuda. I tak mau campur. Ni buat kerja statistik ni pun dah tengah mati.” aku cari alasan. “Kalau jadi PPP, dah tu nak buat kerja ni…aku nak makan apa? Dok buat kerja parti…kena keluar duit…tapi duit masuk tak dak, mana boleh tahan?”

“Baru kerja sikit dah merungut pasai duit…orang lain buat kerja tak ada gaji…tak bising pun!!” kata Anwar.

“Memang la depa tak bising. Tapi hantar surat letak jawatan!! Macam Dato Saleh. Kerja semua suruh dia buat… dia minta budget, tak bagi. Mana boleh tahan?” aku kata.

“No.no.no…that’s not the reason he left. Come..I want to know Perak’s profile.” kata Anwar.

Bilik mesyuarat dah kosong. Yang ada kat dalam tu hanya kami bertiga. Anwar, Saifudin dan aku. Eekmal pun tak boleh masuk. Takut bocor rahsia.

“Slide diatas adalah keputusan pilihanraya 2008 yang melibatkan calon PKR.” aku memulakan taklimat kepada Anwar dan Saifudin. Tapi…saya bukan nak ceritakan tentang PKR saja…kalau boleh nak masukkan prestasi Pakatan Rakyat Perak juga.

Anwar mengangguk.

“Dalam pilihanraya 2008, seramai 871050 (73.2%) pengundi keluar mengundi. Dari jumlah itu…443,113 (50.9%) mengundi Pakatan Rakyat dan seramai 400,487 (46.0%) mengundi UBN. Seramai 20,082 (2.3%) orang tak tau mengundi ataupun memprotes mengakibatkan undi rosak, manakala sebanyak 7368 (0.8%) undi tidak dikembalikan. Lebih 95% undi yang tidak dikembalikan adalah undi pos. Mungkin diangkut ketempat lain…macam Lembah Pantai.”

Saifudin tersengih.

“Apabila tiga ekor katak melompat keseberang sana, Pakatan Rakyat Perak tumbang. Berapa ramai pengundi yang mengundi ADUN Jelapang mengikutnya? Tak sampai seratus. Yang mengikut Jamaludin…saya kesian kat dia…katakanlah seribu orang. Yang mengikut Osman Jailu? Katakanlah seribu orang. Jumlah yang meninggalkan Pakatan Rakyat apabila tiga ekor katak-katak ini melompat ialah 2,100 ekor.

Jadi…pada March 2009, sokongan kepada Pakatan Rakyat masih lagi pada kadar 50.6%, UBN 46% dan yang tak tau hujung pangkal…0.2%.

Secara moralnya, Pakatan Rakyat mendapat sokongan daripada rakyat..manakala UBN menjadi kerajaan yang tak bermoral..

Sebaik saja UBN merampas kuasa secara tidak bermoral, UREKA telah mengadakan satu survey dan keputusanya adalah seperti slide berikutnya.

Bukan setakat orang yang menyokong Pakatan Rakyat saja yang merasakan bahawa UBN merampas kuasa secara tidak bermoral..malah orang yang mengundi UBN pun tak suka!! Tapi oleh kerana muka depa tebai macam kulit biawak…depa tak tau malu. Depa buat sadin saja.!! So…sapa kata orang Melayu sokong BN? Depa pun meluat.”

“How accurate is your survey?” tanya Anwar.

“Ok..la..mungkin kami ada bias sikit. Tanya kat ramai orang yang pi ceramah. Tapi Merdeka Center pun buat kajian yang serupa!! dan lebih 74% mintak DUN dibubarkan. Saya ada bukti…tak percaya pi tengok kat Merdeka Center.

“Ooooo!! patutla depa tak mau bubar DUN….depa tau nak kalah!!” kata Saifudin.

Apa la Saifudin cakap lagu tu. Memang patut Anwar transfer dia ke jawatan SUA.

“OK…” kata Anwar. “Kalau macam tu…we have no problem in Perak.”

“Wait!!! Brader!!…ini kajian tahun lepas. Sekarang sudah jauh berbeza.” aku bagi tau.

“Pasai apa?” tanya Anwar lagi.

“Pasai PKR tak buat kerja.” aku bagi tau.

“Sapa kata tak buat kerja?!!!” Anwar tiba-tiba menengking aku. “Aku dok ceramah round satu Perak…hangpa dok buat apa?”

Fuh!!..

“Din!!” aku panggil Saifudin. “Tolong reducekan sikit aircond tu. Aku tak boleh tahan sejuk sangat…..asyik nak terkencing.”

Kredit:
Tulisan MSK di http://perakexpress.com/www sebagai cerita hebat antara rakyat untuk pemimpin besar!

Thursday, January 7, 2010

HANCURKAN PIMPINAN YANG TERIKAT DENGAN ISRAEL

Ya Allah, ku mohon bebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi dan sekutu2nya termasuk CIA di negara Islam sendiri.


72 MAUT DI BRAZIL



Tanah runtuh dan banjir.

SEGERAKAN PENYELESAIAN POLEMIK



MB Kelantan jangan diusik. Gara-gara kelibat menantu dan famili! Tunggu pimpinan putuskan. Sabarlah setiap konflik ada penyelesaiannya.

GEREJA TERBAKAR DI MELAWATI?



Jangan mulakan api perkauman dan agama! Tunggu pemimpin selesaikan isu ini dengan bijaksana.

BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

Avatar Filem ke-5 Melepasi Jualan Tiket AS$1 Bilion



LOS ANGELES: Filem epik sains fiksyen terhangat musim ini - Avatar - kini menjadi filem kelima dalam sejarah perfileman melepasi jualan tiket AS$1 bilion di seluruh dunia.

Avatar masih mempertahankan kedudukan sebagai filem nombor satu di box office Amerika Syarikat selama tiga minggu berturut-turut.

Malah Avatar juga telah menjadikan James Cameron sebagai satu-satunya pengarah yang menghasilkan dua buah filem yang berjaya mengutip jualan tiket melebihi AS$1 bilion.

Wednesday, January 6, 2010

JANGAN LUPA TENGOK CERITA INI!



Superb dan menarik tapi berhati-hati sebagai pengajaran bermakna. Berwaspada sentiasa kepada mereka yang ada anak....

MB PERAK KEMALANGAN



Dato Seri Nizar Jamaludin telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di bandar Ipoh sebentar tadi. Kereta yang dipandu oleh beliau cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari Hotel Casuarina Ipoh dan akibatnya kereta beliau telah melanggar penghadang jalan dan terbalik. Beliau kini sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Besar Ipoh. Keadaaan beliau tidak membimbangkan dan beliau dikatakan hanya mendapat cedera ringan dan memerlukan beberapa jahitan. Hebat MB kita ni, kemalangan besar tapi kecederaan kecil!

GENERASI DEMI GENERASI



Patah tumbuh hilang berganti. Terkenang anakku dan anak buahku yang kecil dan makin membesar - FARISYA, nama gabungan yang bakal meletup. Lahir mereka sangat menyinar buat famili kami. Mana mungkin boleh jadi YB atau pakar-pakar Islam dalam pelbagai bidang. Semakin membesar mereka, nah tetiba dah masuk 2010 sekejap sangat. Tetiba teringat, tak terbalas pada jasa bonda dan ayahanda. Kesian pada mereka, baru-baru ini berpisah dengan Aryssa setelah sekian lama membela! Sabar bebanyak ya, anakanda faham niatmu. Bagi yang pergi, Al-Fatihah buah arwah Yasmin. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah. Kagum dengan sentuhan arwah dalam lapangan kreatif. Bersama adinda dalam kenangan untuk tatapan.