Monday, March 2, 2009

Sidang tergempar DUN di bawah pokok


Perak menjadi tumpuan sekali lagi ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Akhirnya lokasi persidangan hanya di bawah sepohon pokok! Dari usul yang dipersetujui, MB Nizar adalah MB yang sah dari undi percaya yang dibuat. Usul kedua adalah bersetujui agar mohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Menanti Keputusan….
Kini, dunia masih menunggu keputusan persidangan di mahkamah berdekatan atas prosiding MB Zamri Kudeta untuk menghalang persidangan dilaksanakan.

Kita dapati rakyat Perak semakin kecewa atas apa yang terjadi. Baik PR mahupun orang BN. Bangunan jutaan ringgit, bawah pohon jadi medan bersidangan untuk rakyat! Dewan tidak dibenarkan masuk sama sekali.

Pokok Oh Pokok…..Pokok menjadi saksi. Ada digelar pokok Ipoh, pokok demokrasi, pokok simbol pakatan rakyat, pokok malang demokrasi negara, pokok bakal ditebang penanda hilang seperti ADUN katak melompat parti dan mungkin sebagai lokasi pelancongan yang baru!

STATEMENT TUAN GURU HAYATI BETUL-BETUL

Terguris juga hati apabila melihatkan Noh Omar dengan gelagat celuparnya menuntut agar Tok Guru Nik Abd Aziz pergi belajar dengan ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Zulkifli Nordin. Ini berikutan kononnya kenyataan Tok Guru yang menyebut bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Islam untuk menggunakan perkataan ALLAH. Ada yang membawa berita: Nik Aziz – ALLAH for all.Menurut rekod YB Zul baru-baru ini telah berhujah panjang lebar di Dewan Rakyat bagi menjelaskan mengapa istilah ALLAH tidak wajar digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia. Tiba-tiba terbit berita dari Kota Bharu bahawa Tok Guru mengatakan tiada halangan dan masalah.Pasti ramai yang cemas dan termanggu.Alhmadulillah, akhirnya terubat kegusaran apabila terbit penjelasan dari Pejabat MB Kelantan. Menurut SETPOL MB Sdr. Anual Bakri yang menyebut:Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya.Rupa-rupanya Tok Guru tak bermaksud begitu. Maksud Tok Guru perkataan atau isitlah ALLAH hanya boleh digunakan oleh mereka yang telah menerima Islam. Maka wajarlah ia diharamkan dari digunakan. Kita tidak mahu tercetus kekeliruaan dalam pemahaman sehingga mencetuskan ketegangan dan pergaduhan sesama rakyat MalaysiaDalam sidang Dewan Rakyat 26 Febuari lalu, YB Zul menyebut:Contoh, mereka mengeluarkan satu buku yang diberikan secara percuma diberikan dengan tajuk Al-Kitab. Kalau kita tengok dari segi nama, kita akan keliru seban tidak disebutkan apa-apa pun di sini.Apabila kita buka baru kita perasan bahawa Al-Kitab ini rupanya nama baru Bible dalam bahasa Melayu yang penuh dengan perkataan-perkataan Melayu yang boleh mengelirukan kita. Ini termasuk yang kita temui komik disebarkan dalam dua tahun lepas dan sampai sekarang masih disebarkan di setiap rumah, disumbatkan di peti-peti surat dengan tajuk kisah paling menarik yang pernah diceritakan.Yang diceritakan di sini dalam bahasa Melayu yang menyatakan bahawa saya bacasedikit untuk kita lihat kesan dia.“Allah memakai 40 orang budi, mereka menulis 66 kitab selama 1500tahun. Semua cucuk satu dengan lainnya. Allah yang dapat membuat bukuseperti ini. Allah kan tidak mengarang buku ya ayah? Allah itu seperti apaayah? Allah mengasihi dan menolong kita. Kalau kita minta tolong daripadanyakita kudus, kita tidak dapat melihat dia tetapi dia melihat dan mengetahuisemuanya. Dia dapat melakukan apa sahaja. Ayah akan ceritakan kisahnya.”Kemudian diceritakan kisah tentang Allah yang berakhir dengan Allah menghantar anaknya untuk menyelamatkan manusia. Jadi risalah-risalah seperti ini yang kita khuatir. Kita tidak ada masalah, saya tidak ada masalah dengan mereka mahu menggunakan bahasa Melayu,mahu menyebarkan risalah bahasa Melayu, tetapi menggunakan perkataan Allah itu sendiri.Dalam konteks seperti ini, bukan sahaja sangat mengelirukan, boleh menyebabkan berlaku perasaan tidak puas hatiRingkasnya wajar sangat kita berhati-hati dalam hal ini. Seluruh ulamak dan bijak pandai islam dalam Negara perlu sekata dalam hal ini. Biar terpelihara apa yang ada dan tidak tergadai semuanya.

Sejenak Profail MB Ku

Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang ituakan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim.Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramaiorang. Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidakpernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannyamuncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai MenteriBesar.
Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidakmengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jikaterlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina. Matanyayang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memangseorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadiMB kami. Sungguh tak disangka.
Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau.Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapijuga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidakmenyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu,dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guruyang muncul di Perak.
Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusanluar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjiddan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik,malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadarfasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!
Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyatPerak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliauberkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga.Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialekKantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!
Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnyaberbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?
Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah,Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang samadengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datangmelabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasaArab!
Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun diluar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasaInggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!
Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanyasangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka,rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka IrNizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyamanKerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telahmelanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalamperlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti IrNizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.
Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seoranglelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ kelilingpinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman MenteriBesar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspaldan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…
Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya.Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudahjadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.
Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pulaDatin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suamimenjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung danberkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubahmenjadi ‘kaduk naik junjung.’
Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami iniberwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantarke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah jugaseperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalahseperti ayahandanya.
Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar.Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka,dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dandakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dankelam.
Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Peraksedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikitkesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanyamasih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.
Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanahkepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlahmemberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanahkepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi,penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam danmencaci. Kasihan MB kami.
Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjayamenafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Merekaperalatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku.Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MBbaru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.
Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. AnakKampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke Englanddan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama dimana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah olehorang seagama, yang kemaruk kuasa.
Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kamiyakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolongAllah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kakimereka. Amin…

MB NIZAR YANG KUKAGUMI


Semoga Allah memberkati usaha dan mengembalikan hak kerusi Menteri Besar kepada YAB Datuk Seri Haji Ir Nizar

Berita Panas Lagi!

Kejutan Buat Umno Esok?
BERITA esok ialah kenyataan berhubung satu kumpulan dalam Umno akan membuat injuksi di mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung Umno pada Mac depan! Siapa dan apakah alasan injuksi berkenaan hanya dapat diketehui esok. Tunggulah esok.BARU sekejap tadi saya menerima sms yang menjemput saya hadir ke satu tempat esok di sekitar Petaling Jaya. Menurut sms jemputan itu ada berita besar yang akan mengejutkan khalayak khasnya dalam Umno.Saya cuba menghubungi pengirim sms berkenaan bertaya mengenai apa? Namun sampai kini tidak terjawab. Senyap! Dalam kepala timbul beberapa persoalan di sebalik jemputan itu. Apakah berita bakal mengejutkan esok itu? Untuk menolaknya dengan beranggap ia satu gimik tidak mustahil. Sebab pemanggil ini tidak pernah bergurau dalam perkara-perkara seserius itu.Saya yakin ia benar, memang ada kejutan esok.Berita mengejutkan Umno? Saya terus berfikir dan cuba menoleh ke belakang kepada beberapa maklumat yang diterima sebelum ini. Kira-kira dua bulan lalu ada seorang Datuk memberi tahu dan cuba menyakinkan saya, perhimpunan agung Umno pada Mac ini akan ditangguhkan. Ada sesuatu teknik yang akan digunakan untuk menangguhkan persidangan berkenaan katanya.Saya tidak percaya dan menganggapnya sebagai gurauan saja. Hinggalah bila berjumpa Datuk berkenaan tiga minggu lalu saya menanyainya berhubung maklumat yang beliau katakan itu. Katanya akan diteruskan.Apakah berita yang akan meledak esok itu berhubung dengan usaha untuk menangguhkan persidangan Umno berkenaan? Bahawa rancangan yang disebutkan Datuk berkenaan berjalan dan akan jadi? Jadi sama-samalah kita tunggu hari esok. Insya-Allah menjelang petang berita itu akan meletup dan menjadi topik hangat sehari dua ini. Apakah ia juga ada kena mengena dengan Abdullah Badawi? Pada saya mustahil kalau Abdullah terlibat kerana beliau sudah mengaku awal-awal akan menyerahkan jawatan itu kepada Mohd Najib Razak pada akhir bulan ini. Jadi siapa, dan apa kena tunggulah. Tunggulah esok!