Monday, March 2, 2009

Sejenak Profail MB Ku

Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang ituakan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim.Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramaiorang. Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidakpernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannyamuncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai MenteriBesar.
Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidakmengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jikaterlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina. Matanyayang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memangseorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadiMB kami. Sungguh tak disangka.
Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau.Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapijuga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidakmenyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu,dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guruyang muncul di Perak.
Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusanluar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjiddan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik,malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadarfasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!
Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyatPerak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliauberkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga.Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialekKantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!
Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnyaberbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?
Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah,Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang samadengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datangmelabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasaArab!
Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun diluar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasaInggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!
Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanyasangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka,rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka IrNizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyamanKerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telahmelanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalamperlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti IrNizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.
Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seoranglelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ kelilingpinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman MenteriBesar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspaldan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…
Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya.Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudahjadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.
Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pulaDatin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suamimenjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung danberkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubahmenjadi ‘kaduk naik junjung.’
Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami iniberwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantarke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah jugaseperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalahseperti ayahandanya.
Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar.Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka,dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dandakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dankelam.
Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Peraksedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikitkesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanyamasih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.
Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanahkepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlahmemberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanahkepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi,penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam danmencaci. Kasihan MB kami.
Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjayamenafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Merekaperalatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku.Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MBbaru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.
Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. AnakKampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke Englanddan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama dimana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah olehorang seagama, yang kemaruk kuasa.
Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kamiyakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolongAllah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kakimereka. Amin…

No comments:

Post a Comment