Monday, November 30, 2009

PANDUAN HAFALAN

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK

Sumbangan anda bolehlah disalurkan ke dalam akaun Bank Muamalat no.08030002138714/CIMB Bank no. 08150000173109 .
NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636

Masjid Shanke Yadem (Anggap Saja Sudah Makan) di Turki



Simplenya Agamaku, jom semak diri agar Islam kita terbaik. Salam Aidil Adha dan Maaf Zahir Batin.

NASIB PALESTIN DITANGAN UMAT ISLAM



Ayuh Bersatu Wahai Umat!

Sunday, November 22, 2009

MEMALI: Terkenang kepada para syuhada

BAHAYA BANJIR

RENUNGAN



Kredit:
http://faizalzainol.blogspot.com/

Ucapan:
Balik kg di Ipoh. Raikan bersama famili. Buat korban untuk anak tersayang. Slm Aidiladha buat pembaca dan maaf zahir abtin.

Siapa dengan President Of USA tu?

TOK GURU: ORANG PALING BERPENGARUH!



Kemelut Bola Sepak Perak, PAFA:
Harap YB Nizar dapat selesaikan segera!
Orang luar dok sibuk2 wat pa.... dah ler sibuk usik ADUN Perak.

Friday, November 20, 2009

BANTU KAWAN BERDAKWAH

Puisi Buatmu ...Tok Guru

Assalamu Alaikum wrt wbt

Saya Abd Qaharudin Mohd Zaini atau Q-har

Sedang dalam proses akhir pembikinan Album Amal Maahad Tahfidz Darul Quran Nurul Hasanah Kg Bukit Belimbing Kuala Selangor.

Mengandungi 5 buah lagu, berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan.

1. Tuntutan Suatu Perjalanan (Puisi Buatmu...Tok Guru)
Sebagai penghargaan kepada mereka2 yang bergelar ULAMAK di dalam menegakkan Syiar Islam...
(Al-Fatihah buat mereka yang telah syahid dalam Peristiwa Berdarah .... Memali Dalam Kenangan)

2. Kasih Armalah
Penderitaan serta keperitan ibu tunggal di dalam meneruskan hidup tanpa insan tersayang untuk memberi bimbingan dan didikan
kepada anak2.

3. Tatkala Menjemputmu
Menceritakan tentang ajal, yang pastinya akan datang tanpa kita ketahui dan sedari

4. Mutiara Kasih
Luahan buat isteri....Kau amat ku kagumi

5. Anugerah
Pesanan buat anak2.

Sekiranya berminat menjemput untuk membuat persembahan, sila hubungi saya :

Q-har - 0193888127 atau email ummichoky@gmail.com atau ummichoky@yahoo.com.my

Sekian, wassalam.

"Berdakwah Sambil Berhibur"

Sunday, November 8, 2009

Pesanan Khalifah Harun al-Rasyid Kepada Pendidik Puteranya

Ibn Khaldun menukilkan dalam Al-Muqaddimah, bahawa apabila Khalifah Harun Al-Rasyid menyerahkan puteranya al-Amin kepada seorang pendidik, baginda berpesan dengan nasihat-nasihat berikut:-

"Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan buah hatinya kepadamu, maka terimalah dia sengan senang hati dan wajib ke atasnya taat kepadamu.
Dengan itu,
* Bacakanlah al-Quran kepadanya.
* Beritahukan kisah-kisah kepadanya.
* Sampaikan puisi-puisi kepadanya.
* Ajarkan sunah-sunah kepadanya.
* Jelaskan tujuan perbicaraan dan latar belakangnya.
* Laranglah anak ini bergurau selain pada waktunya.
* Janganlah membiarkan waktu berlalu sehingga mematikan fikirannya.
* Janganlah pula dibiarkan terlalu banyak waktu berhibur untuk anak ini hingga dia terlalu bersenang-lenang oleh masa senggang tersebut.
* Luruskanlah anak ini dengan penuh pendekatan lemah lembut dan jika dia tidak mahu menerima pendekatan lemah lembut tersebut maka wajarlah engkau menggunakan kekerasan."

Khalifah Harun al-Rasyid tidak sekali-kali memberi kedudukan istimewa kepada anaknya, apatah lagi menyelimuti anaknya dengan kemewahan dan bersantai. Jelas, dia mahu puteranya dididik seperti rakyat kebanyakan, iaitu dengan membangunkan jiwa dan potensi diri.

Sunday, November 1, 2009

IKLAN MENARIK SENTUHAN ARWAH YASMIN

SAYANG TOK GURU

Jujurnya, saya amat menyenangi sosok mulia ini, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Wataknya sangat sederhana. Tiada garitan kemegahan. Dia tetap dia walaupun sudah lama bersemayam di tampuk kekuasaan. Teringat saya, salah satu ungkapan hukamak bahawa, apabila manusia berkuasa, tetapi dia meletakkan dunia itu di tangan bukan di hatinya, maka itulah takrif zuhud yang sebenar. Bagi saya, TGNA menepati takrifan tadi. Hampir 20 tahun memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga; namun dia masih seperti ketika mula-mula menjawat jawatan penuh taklifan itu. Seolah-olah dia tidak terliur langsung dengan segala keduniaan di hadapannya. Maka, molek sangatlah dia disanjung pelbagai lapisan masyarakat, hatta para musuh politiknya pun tersungkur jatuh dan malu untuk mempertikaikan dirinya. itulah TGNA.

Saya sebenarnya juga, enggan menulis sesuatu yang bersangkut-paut dengan dunia politik - yang sejak dua menjak ini tidak sunyi riak alunnya dengan pelbagai kocakan. Biarlah para politikus negara yang berpencak-silat. Bukan pula bermaksud saya menganggap agama dan politik tidak disatukan di dalam Islam - wal’iyazubillah - menurut Pak Hamka dalam Tafsir al-Azhar-nya, jatuh kufur orang yang memisahkan agama dan politik.

Apa yang saya concern sangat-sangat, kini dunia politik sudah menjadi terlalu haru-biru. Isu Perak memanas kembali menjelang 28 Oktober ini. Isu di Selangor dengan Inkues Teoh juga mulai memijar dengan beberapa diagnosis dan hipotesis baharu. Bahkan di peringkat nasional, pelbagai parti politik dilanda demam tak sudah, jangkit berjangkit daripada satu parti ke parti yang lain. Umno yang dianggap ‘tulang belakang’ BN juga sakit, bahkan dilihat terlalu naif mempertahankan saki-baki kekuasaannya - walaupun terpaksa melakukan sesuatu yang berlawanan dengan polisi sendiri - ya, isu kemenangan calon ‘politik wang’ di Bagan Pinang.

Kita lihat sahaja apa berlaku kepada MIC, PPP dan kini MCA. PKR juga nampak sedikit bergolak. Kini PAS pula, berkocak lagi dengan isu-isu yang sememangnya menjerakan banyak pihak. Dan saya teringat bahawa, apabila PAS mengisytiharkan dirinya sebagai jamaah Islam, maka wajiblah PAS memelihara dasar-dasar Islam serta tindak-tanduknya hendaklah dalam batas-batas Islam. Ini kerana, apabila PAS gagal mencernakan semua itu dalam tindakannya, maka pastilah ia akan membawa imej yang negatif kepada Islam.

Iya…berbalik kepada saranan TGNA lewat apa yang dipaparkan dalam pelbagai media, agar suatu sentuhan baharu dicanai kembali dalam hierarki tertinggi kepimpinan PAS. Maka, saya berharap ia adalah suatu cetusan penuh jujur, luhur dan penuh ikhlas demi kebaikan Islam dan PAS. Bagi saya, PAS mesti menjadi yang terbaik di Malaysia, kerana PAS memakai nama Islam. Jika tidak, PAS adalah liabiliti kepada Islam dan perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berlaku, di mana-mana, pada bila-bila masa sekali pun! Wallahua’lam.

Coretan dan cetusan ikhlas dari hamizul.com

MERINDUI SUARA ULAMA MUDA INI!

KURANG SETAHUN TAPI SANGAT BERBISA