Sunday, November 8, 2009

Pesanan Khalifah Harun al-Rasyid Kepada Pendidik Puteranya

Ibn Khaldun menukilkan dalam Al-Muqaddimah, bahawa apabila Khalifah Harun Al-Rasyid menyerahkan puteranya al-Amin kepada seorang pendidik, baginda berpesan dengan nasihat-nasihat berikut:-

"Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan buah hatinya kepadamu, maka terimalah dia sengan senang hati dan wajib ke atasnya taat kepadamu.
Dengan itu,
* Bacakanlah al-Quran kepadanya.
* Beritahukan kisah-kisah kepadanya.
* Sampaikan puisi-puisi kepadanya.
* Ajarkan sunah-sunah kepadanya.
* Jelaskan tujuan perbicaraan dan latar belakangnya.
* Laranglah anak ini bergurau selain pada waktunya.
* Janganlah membiarkan waktu berlalu sehingga mematikan fikirannya.
* Janganlah pula dibiarkan terlalu banyak waktu berhibur untuk anak ini hingga dia terlalu bersenang-lenang oleh masa senggang tersebut.
* Luruskanlah anak ini dengan penuh pendekatan lemah lembut dan jika dia tidak mahu menerima pendekatan lemah lembut tersebut maka wajarlah engkau menggunakan kekerasan."

Khalifah Harun al-Rasyid tidak sekali-kali memberi kedudukan istimewa kepada anaknya, apatah lagi menyelimuti anaknya dengan kemewahan dan bersantai. Jelas, dia mahu puteranya dididik seperti rakyat kebanyakan, iaitu dengan membangunkan jiwa dan potensi diri.

No comments:

Post a Comment